"I know our fate is separation,
but until my last breath...
I will search for my sweet love,
I will seek my home."
Maafkan aku... jika sememangnya kita tidak ditakdirkan untuk bersama, izinkan aku mengabadikan cinta dan rindu ini buat selamanya.
Blog ini mencatatatkan nukilan dari hati seorang insan yang seringkali kelihatan SERABAI. Mengutip dan memetik kata-kata, lagu, puisi dan apa saja... Mengadun fantasi, impian, perasaan dan kenangan menjadi contengan di alam maya. Coretan buat insan-insan yang istimewa dan significant di hati dan jiwaku, walaupun insan-insan itu mungkin tidak pernah melewati blog ini.
Saturday, 18 May 2013
Wednesday, 10 April 2013
Aikkk dah lama betol aku tinggalkan blog ni terbengkalai macam projek-projek besar sewaktu negara dilanda masalah kegawatan ekonomi. Macam biasala, aku akan conteng blog ni apabila emosi ku berkecamuk dan aku tak ingin orang-orang yang mengenali aku tahu apa yang kualami dan lebih parah lagi kalo mereka tahu apa yang aku rasa.
erm aku xde masalah besar pon. Cuma bebanan keje yang banyak. beban? betul ke? xde la beban sangat. sebab aku happy dengan sume ni. Cuma akhir-akhir ni emosi jiwa aku sedikit terganggu. baru-baru ni aku terkecil hati sengan seseorang. Erm bende kecik jek. tapi apabila kita da menempatkan dirinya di ruangan yang paling istimewa dalam daerah hatiku, bende2 kecik pon bole sentap.
tp malangnya, si bengap ni tak tahu pon bahawa dia sangat istimewa dalam hidupku. so sebab tu la dia amik mudah benda2 macam ni kan... sedih tol aku.
ntah macam mana ttiba sejak-akhir-akhir ni aku secara sengaja tercontact semula dengan ex aku. mula-mula hi hi bye bye kat facebook chatting. pastu tanya kaba.. dan sekarang da mula birak merapu2 cam dulu. cume xde la caring ssgt cam zaman mula-mula dulu kan. just sebagai member2 jek. aku ssangat yakin dia mmg layan aku sbg member
tp aku xleh nak tipu hati aku. aku semakin happy sejak kontak dia. walaupun aku memang nak berhati-hati. tak nak kecewa lagi. tapi ini sume tindakan di luar kawalan. ibarat pokok yang layu da nak mati. tetiba hujan turun, tetiba ade tukang kebun yang tercurah baja... tup tup pokok tu yang da mampos tu cam segar kembali dan kembali menymbangkan oksigen untuk manusia.... Arrrrgggghhhhhhhh
tapi macam mne kalo tgn yang tercurah baja itu, ttiba tercurah racon plak pasni. pehhhh memang mampos la
erm aku xde masalah besar pon. Cuma bebanan keje yang banyak. beban? betul ke? xde la beban sangat. sebab aku happy dengan sume ni. Cuma akhir-akhir ni emosi jiwa aku sedikit terganggu. baru-baru ni aku terkecil hati sengan seseorang. Erm bende kecik jek. tapi apabila kita da menempatkan dirinya di ruangan yang paling istimewa dalam daerah hatiku, bende2 kecik pon bole sentap.
tp malangnya, si bengap ni tak tahu pon bahawa dia sangat istimewa dalam hidupku. so sebab tu la dia amik mudah benda2 macam ni kan... sedih tol aku.
ntah macam mana ttiba sejak-akhir-akhir ni aku secara sengaja tercontact semula dengan ex aku. mula-mula hi hi bye bye kat facebook chatting. pastu tanya kaba.. dan sekarang da mula birak merapu2 cam dulu. cume xde la caring ssgt cam zaman mula-mula dulu kan. just sebagai member2 jek. aku ssangat yakin dia mmg layan aku sbg member
tp aku xleh nak tipu hati aku. aku semakin happy sejak kontak dia. walaupun aku memang nak berhati-hati. tak nak kecewa lagi. tapi ini sume tindakan di luar kawalan. ibarat pokok yang layu da nak mati. tetiba hujan turun, tetiba ade tukang kebun yang tercurah baja... tup tup pokok tu yang da mampos tu cam segar kembali dan kembali menymbangkan oksigen untuk manusia.... Arrrrgggghhhhhhhh
tapi macam mne kalo tgn yang tercurah baja itu, ttiba tercurah racon plak pasni. pehhhh memang mampos la
Saturday, 2 February 2013
PUISI : A@@s dan K@y
Puisi in telah dihantar melalui email oleh A@@S untuk K@y pada 23.3.
Merpati...
kau bagai anganku yang terbang tinggi
kau adalah belahan jiwaku
yang seandainya berpisah... akan mati
Merpati...
apabila kau berpasangan
aku menjadi panas dan ada kecemburuan
mungkin itu yang dinamakan cinta
sesucimu merpatiku
Andainya kau bisa memahami diriku
kau mungkin akan mencariku
tapi itu tak mungkin
cintamu suci bagaikan
embun dipagi hari...
Sebagai balasan, K@y telah mengirim puisi ini kepada A@@S pada 12.4.2004
kau bagai helang
terbang mencari cinta
untuk bekalan, untuk teman, menghiasi kehidupan
lalu kau hinggap di pinggir jendela hatiku
mengukir harapan, menyulam impian
tatkala pindu hatiku terkunci
namun kau bagai angin
menghembus dingin
menyentuh lembut ke dasar hati
yang tak lagi indah
hangus dibakar dendam
Ingin ku cipta sejarah indah bersamamu
tapi aku sangsi, hati bertanya
mampukah aku
memberikan hati
setulus cinta untukmu...
A@@s dan K@y berpisah pada tahun yang sama dan mereka sudah saling tidak berhubung. Perasaan cinta pernah wujud antara mereka tetapi tidak semua cinta akan bersatu. Hanya kenangan yang abadi dalam ingatan yang menemani hidup hingga ke akhir waktu.
Sunday, 27 January 2013
Akhirnya... aku menangis
16.1.2013... Hari itu aku termenangis, terjiwang, tersentap tanpa rasa segan silu, tanpa mempedulikan benteng keegoan yang selama ini aku pertahankan menjadi ranap lantaran wujud satu perasaan pelik dalam hati ini. Itulah SAYANG. Cintaaaa? ermmm mungkin jugak kot...
Pada hari itu bilik aku, housemate aku, tilam, handphone, laptop, tilam, bas, komputer, library dan apa-apa sahaja yang ada di situ menyaksikan aku telah membazirkan beberapa milliliter airmata lantaran bimbang, takut dan aku tidak sanggup andai sesuatu itu terjadi. Walaubagaimanapun kau tidak tahu kerana kau tiada di situ.
Baru aku tahu betapa pentingnya kau dalam hidupnya. Baru aku sedar bahawa kau semakin memenuhi rongga-rongga hatiku yang selama ini terbiar kosong, berhabuk dan tak berpenghuni.
"Kau mencintaiku "
Kau mencintaiku
Seperti bumi Mencintai titah Tuhannya.
Tak pernah lelah Menanggung beban derita
Tak pernah lelah Menghisap luka
Kau mencintaiku
Seperti matahari Mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah Membagi cerah cahaya
Tak pernah lelah Menghangatkan jiwa
Kau mencintaiku
Seperti air Mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah Membersihkan lara
Tak pernah lelah Menyejukkan dahaga
Kau mencintaiku
Seperti bunga Mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah Menebar mekar aroma bahagia
Tak pernah lelah Meneduhkan gelisah nyala
Novel: Ketika Cinta Bertasbih
Terima Kasih Beb ~ 15.1.2013
Apabila kata-kata tak lagi berdaya mengeluarkan suara, Gambar akan menerangkan segala-galanya
Nes 0 Ais
+
Nasi Kukus
Puisi - Novel ketika Cinta Bertasbih
"Cinta adalah kekuatan yang mampu
mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah malang jadi untung,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah setan jadi nabi,
mengubah iblis jadi malaikat,
mengubah sakit jadi sehat,
mengubah kikir jadi dermawan
mengubah kandang jadi taman
mengubah penjara jadi istana
mengubah amarah jadi ramah
mengubah musibah jadi muhibah
itulah cinta!"
Sekalipun cinta telah kuuraikan dan kujelaskan panjang lebar.
Namun jika cinta kudatangi aku jadi malu pada keteranganku sendiri.
Meskipun lidahku telah mampu menguraikan dengan terang.
Namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang
Sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya
Kata-kata pecah berkeping-keping begitu sampai kepada cinta
Dalam menguraikan cinta, akal terbaring tak berdaya
Bagaikan keledai terbaring dalam lumpur
Cinta sendirilah yang menerangkan cinta
Dan percintaan
Wednesday, 16 January 2013
petang yang jiwang
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Entry kali ni aku tak nak kata apa-apa.
Sebab kenapa plak aku post lagu jiwang karat ni?
- aku dengar lagu ni ptg tadi masa nk blk umah sewa. walaupun sebelum ni lagu ni xpernah langsung menggugat minda aku
- ujan turun renyai-renyai... erm aku akan ingat scene ini sampai bila-bila
- ttiba aku rasa macam... ntah la erk... aku xnak kata apa-apa selain ...
Thursday, 10 January 2013
terima kasih 'KAWAN' ku
Terima kasih KAWAN ku... Semoga ALLAH merahmati ukhuwah yang terjalin antara kita. Aku PASTI akan merindukan diri mu dan kenangan yang pernah tercipta antara kita apabila kita sudah tidak bertemu lagi.
Aku tidak memerlukan manusia HEBAT menemani setiap langkah ku. Cukup insan seperti kau yang memahami dan mengerti.
Bukan terlewat jika baru kini kita dipertemukan, kerana ALLAH mengatur pertemuan ini pada detik yang sangat TEPAT. Semangat yang kau beri adalah bekalan untuk aku terus bernafas.
Semoga kita akan BERTEMU lagi, di syurga nan abadi
Renungan TERAKHIR
Menjelang saat-saat
perpisahan.
Tiada ucapan indah
yang mampu aku lafazkan
Hanya lagu ini yang
berdendang dalam jiwa
Tetapi pada hari
itu
Masa dan situasi
bagaikan sengaja membunuh impianku
Tiada kesempatan
untuk aku meluahkan walaupun sepatah kata
Yang aku TAHU,
hanya satu FAKTA
Bahawa kita TIDAK
AKAN BERTEMU lagi
Erm... Semoga
fakta itu salah
Semoga TAKDIR yang
memisahkan kita, akan menemukan kita kembali
p/s: sepatutnya post ini ditulis untuk peristiwa yang berlaku pada 16 Disember 2012
Wednesday, 9 January 2013
SELAMAT tinggal IMPIAN
Kadang-kadang aku HAPPY bila dapat ape yang aku impikan. Kadang-kadang aku sedih bila mengenangkan diri yang tak cukup berani untuk mengejar apa yang aku idamkan...
Peluang yang datang telah pergi dan mungkin dah tak ade lagi peluang yang lain. SO, ape aku nak buat beb? bersedih? NANGIS macam orang MATI BINI? MENYESAL macam orang GILER talak?
Ntahla erk... akupun tak reti nak buat camner lepas ni. YAng aku tahu dan aku sangat-sangat pasti ialah lepas ni aku akan merindui ape yang aku maksudkan itu..... ia akan menjadi kenangan yang sangat indah bila mengenangkan betapa HEBATnya aku membina IMPIAN yang hanya wujud dalam IMAGINASI, bagaikan ISTANA gah yang wujud di negeri atas KAYANGAN.... dan ia pasti akan menjadi tanda ingatan bak TUGU SEJARAH yang amat SAKIT bila aku fikirkan betapa BODOH dan LEMAHnya aku
Selamat tinggal IMPIAN ku. Kali ini aku menyerah kepada takdir. aku hanya menyimpan ia di dalam hati sebagai satu ingatan yang sangat indah. Bagaikan ketika aku terpesona ketika melihat cantiknya PELANGI. walaupun saat itu aku PASTI bahawa PELANGI itu tak akan dapat aku gapai biarpun sekadar sesaat cume. aku hanya MAMPU melukisnya dalam gambaran hati yang akan menghiasi kehidupan ketika aku mengharungi hari-hari yang bakal tiba. biarpun sebenarnya ia hanya satu ingatan yang bisa membuat aku lemas dalam kesedihan
p/s: sepatutnya post ini aku tulis pada 31Disember 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)