16.1.2013... Hari itu aku termenangis, terjiwang, tersentap tanpa rasa segan silu, tanpa mempedulikan benteng keegoan yang selama ini aku pertahankan menjadi ranap lantaran wujud satu perasaan pelik dalam hati ini. Itulah SAYANG. Cintaaaa? ermmm mungkin jugak kot...
Pada hari itu bilik aku, housemate aku, tilam, handphone, laptop, tilam, bas, komputer, library dan apa-apa sahaja yang ada di situ menyaksikan aku telah membazirkan beberapa milliliter airmata lantaran bimbang, takut dan aku tidak sanggup andai sesuatu itu terjadi. Walaubagaimanapun kau tidak tahu kerana kau tiada di situ.
Baru aku tahu betapa pentingnya kau dalam hidupnya. Baru aku sedar bahawa kau semakin memenuhi rongga-rongga hatiku yang selama ini terbiar kosong, berhabuk dan tak berpenghuni.
No comments:
Post a Comment