Wednesday, 9 January 2013

SELAMAT tinggal IMPIAN

Kadang-kadang aku HAPPY bila dapat ape yang aku impikan. Kadang-kadang aku sedih bila mengenangkan diri yang tak cukup berani untuk mengejar apa yang aku idamkan... 


Peluang yang datang telah pergi dan mungkin dah tak ade lagi peluang yang lain. SO, ape aku nak buat beb? bersedih? NANGIS macam orang MATI BINI? MENYESAL macam orang GILER talak?  


Ntahla erk... akupun tak reti nak buat camner lepas ni. YAng aku tahu dan aku sangat-sangat pasti ialah lepas ni aku akan merindui ape yang aku maksudkan itu..... ia akan menjadi kenangan yang sangat indah bila mengenangkan betapa HEBATnya aku membina  IMPIAN yang hanya wujud dalam IMAGINASI, bagaikan ISTANA gah yang wujud di negeri atas KAYANGAN....  dan ia pasti akan menjadi tanda ingatan bak TUGU SEJARAH yang amat SAKIT bila aku fikirkan betapa BODOH dan LEMAHnya aku


Selamat tinggal IMPIAN ku. Kali ini aku menyerah kepada  takdir. aku  hanya menyimpan ia di dalam hati sebagai satu ingatan yang sangat indah. Bagaikan ketika aku terpesona ketika melihat cantiknya PELANGI. walaupun saat itu aku PASTI bahawa PELANGI itu tak akan dapat aku gapai biarpun sekadar sesaat  cume. aku hanya MAMPU melukisnya dalam gambaran hati yang akan menghiasi kehidupan ketika aku mengharungi hari-hari yang bakal tiba. biarpun sebenarnya ia hanya satu ingatan yang bisa membuat aku lemas dalam kesedihan

p/s: sepatutnya post ini aku tulis pada 31Disember 2012


No comments:

Post a Comment