Tuesday, 20 December 2011

Kepingan PUZZLE dalam Kehidupan



Andai kehidupan ini ibarat sebuah puzzle, ini tidak bermakna “dia” adalah satu daripada kepingan puzzle yang akan melengkapkan hidup kita menjadi sebuah puzzle yang sempurna.

“dia” mungkin hanyalah sekeping cebisan puzzle daripada set puzzle yang lain, yang mana kehadirannya  hanya lah sekadar  sebagai penyibuk dan amat menyerabutkan. Bahkan melambatkan proses hidup kita dalam membina sebuah puzzle yg lengkap dan sempurna, kerana “dia” membuatkan kita keliru dalam emosi dan perasaan

Walaupun mungkin “dia” kelihatan amat cantik, menarik, menawan dan sempurna. Lalu kite cuba sedaya upaya untuk menyelitkan dia agar menjadi salah satu cebisan yang wujud dalam puzzle kehidupan kita.

Namun hakikatnya, tempat “dia” bukanlah di SINI. Walaupun “dia” nmpk baik, cantik  dan menawan namun kehadirannya tetap tidak mampu melengkapi hidup kita bahkan wujudnya nmpk agak mencacatkan.

Kite mungkin pernah mendengar org kata “tanpamu hidupku tak sempurna”

Betol ke? Atau ia sekadar mainan perasaan. Cuba kite flashback semula rentetan hidup ini sejak kite belom lagi mengenali “dia”. Bayangkan kite langsung tidak pernah mengenalinya

Dalam sesetengah keadaan, tanpanya mungkin hidup kita akan menjadi lebih baik, lebih Berjaya dan lebih cemerlang.

Maka, wajarkah kita menyesali sebuah pertemuan, membenci sebuah perhubungan ataupun persahabatan lalu ingin memlontar  potret kenangan yang pernah kita lukiskan bersama – sama “dia” ???

Setiap yang berlaku tetap berlaku dan tiada apa yang mampu mengubah sejarah yang pernah tercipta antara kita dan “dia”

Apa yang mampu kita lakukan hanyalah mengambil pengajaran dari setiap peristiwa yang sudah berlaku. Yang baik dijadikan tauladan dan yg buruk dijadikan sempadan serta kawallah perasaan agar diri tidak terbuai oleh emosi.


Apa yg sangat2 kita sukai atau ingini mungkin bukanlah sesuatu yg terbaik untuk kita. Maka berfikirlah secara rasional dan jangan melupakan “ALLAH” dalam apa jua yg keadaan

No comments:

Post a Comment