Friday, 28 October 2011

Tentang Bulan


Sedihkan kalau persahabatan yang telah terbina setelah sekian lama tiba-tiba jadi RETAK atau PUTUS KAWAN hanya kerana benda2 bangang... tapi kadang-kadang bende-bende macam ni akan menghantui perhubungan antara sahabat. mungkin untuk menduga seteguh manakah eratnya jalinan persahabatan itu. andai kita tak lagi menjadi KAWAN BAIK, segala kenangan antara kita akan abadi dalam ingatanku selamanya seperti setianya bintang di langit. tak kira siang, tak kira malam...tak kira hujan, ribut ataupun kemarau ia sentiasa ada walaupun kadangkala tak kelihatan.

Bulan dan bintang
Bersinar berkelipan
Dan menerangi
keindahan malam
Tanpamu bulan
Malam kegelapan
Tanpamu bintang
Hilanglah keindahan

Ini kisah tentang bulan
Bulan bintang jadi kawan
Bergitulah persahabatan
Yang cuba kami eratkan
Moga berkekalan selamanya

Bergitulah kami hidup lima sekawan
Sesama berjanji susah senang dirasa
Dibawah sinaran cahaya bulan bintang
Menjadi saksi janji kami semua

No comments:

Post a Comment