Showing posts with label CERITA SEMALAM. Show all posts
Showing posts with label CERITA SEMALAM. Show all posts

Tuesday, 20 December 2011

Kepingan PUZZLE dalam Kehidupan



Andai kehidupan ini ibarat sebuah puzzle, ini tidak bermakna “dia” adalah satu daripada kepingan puzzle yang akan melengkapkan hidup kita menjadi sebuah puzzle yang sempurna.

“dia” mungkin hanyalah sekeping cebisan puzzle daripada set puzzle yang lain, yang mana kehadirannya  hanya lah sekadar  sebagai penyibuk dan amat menyerabutkan. Bahkan melambatkan proses hidup kita dalam membina sebuah puzzle yg lengkap dan sempurna, kerana “dia” membuatkan kita keliru dalam emosi dan perasaan

Walaupun mungkin “dia” kelihatan amat cantik, menarik, menawan dan sempurna. Lalu kite cuba sedaya upaya untuk menyelitkan dia agar menjadi salah satu cebisan yang wujud dalam puzzle kehidupan kita.

Namun hakikatnya, tempat “dia” bukanlah di SINI. Walaupun “dia” nmpk baik, cantik  dan menawan namun kehadirannya tetap tidak mampu melengkapi hidup kita bahkan wujudnya nmpk agak mencacatkan.

Kite mungkin pernah mendengar org kata “tanpamu hidupku tak sempurna”

Betol ke? Atau ia sekadar mainan perasaan. Cuba kite flashback semula rentetan hidup ini sejak kite belom lagi mengenali “dia”. Bayangkan kite langsung tidak pernah mengenalinya

Dalam sesetengah keadaan, tanpanya mungkin hidup kita akan menjadi lebih baik, lebih Berjaya dan lebih cemerlang.

Maka, wajarkah kita menyesali sebuah pertemuan, membenci sebuah perhubungan ataupun persahabatan lalu ingin memlontar  potret kenangan yang pernah kita lukiskan bersama – sama “dia” ???

Setiap yang berlaku tetap berlaku dan tiada apa yang mampu mengubah sejarah yang pernah tercipta antara kita dan “dia”

Apa yang mampu kita lakukan hanyalah mengambil pengajaran dari setiap peristiwa yang sudah berlaku. Yang baik dijadikan tauladan dan yg buruk dijadikan sempadan serta kawallah perasaan agar diri tidak terbuai oleh emosi.


Apa yg sangat2 kita sukai atau ingini mungkin bukanlah sesuatu yg terbaik untuk kita. Maka berfikirlah secara rasional dan jangan melupakan “ALLAH” dalam apa jua yg keadaan

Monday, 10 October 2011

KISAH TENTANG KITA


Kawan baik aku pernah kata "suatu hari manusia akan buat keputusan yang mementingkan dirinya sendiri. keputusan yang mungkin akan melukai hati org yg disayangi atau org yang menyayangi dirinya. so, kalo one day aku terpaksa lukakan hati ko, aku minta maaf dan ko jgn sedih" -awal tahun 2004. 

aku tak pasti adakah dia masih ingat yg dia pernah bagitau aku pasal ni. biasa la, manusia pernah lupa.

kira-kira setahun lepas tu dia betul2 buat sesuatu yang melukakan hati aku sehingga aku rasa dia dah tak seperti dulu. mungkin jarak jauh yang memisahkan membuat hati kita semakin jauh dan semakin tak mengenali antara satu sama lain. aku merasakan semakin terpingggir dari hidup kawan baikku.

sekarang, kawan baik ku minta sesuatu... melafazkan sesuatu... meluah kan sesuatu... SESUATU yang pernah aku harapkan. sesuatu yang pernah aku angan-angankan dalam impianku yang kabur.

tapi waktu itu kau tak pernah mengerti... kau tak pernah peduli... waktu itu aku hanya muzik yang berlagu dalam jiwa kau, saat kau kesunyian. bila kau kebosanan, aku kau matikan. aku kau diamkan... kau menggubah aku mengikut nada dan irama yang kau inginkan. kau mengajak aku menari dalam tempo dan rentak yg kau pilih... 

aku fikir kau kenal siapa aku.. tapi amat mengecewakan setelah lebih satu dekat kita bersahabat... kau tak pernah tahu tentang irama jiwaku... maaf kan aku sahabat... mungkin kali ini giliran aku melukakan hati kau. giliran aku menghampakan impian kau..... 

(bersambung)