Sunday, 28 October 2012

KITE jumpa LAGI

SEJARAH berulang kembali... atau KENANGAN silam tersingkap semula... ape-ape je lah

aku pun tak tau nak ketegorikan peristiwa ini sebagai ape... erm actually xde la peristiwa yg besar sgt macam kes ENRON atau TRANSMILE tu...

tapi personally bagi diri aku, penting la jgk kan... OK la straight to the point: seseorang yang pernah jadi ----- erm dalam perkataan lain, seseorang yang pernah jd orang penting dalam diari hidup aku suatu ketika dulu, erm atau dalam bahasa yang lebih mudah... seseorang yang pernah aku rindui, seseorang yang pernah aku sayangi dan dalam masa yang sama merupakan seseorang yang pernah mengukir beberapa PARUT LANUN dalam hati aku yg sekeras batu ni........ hehheheh dia add aku dalam FACEBOOK

aku sendiri xfahan apakah hikmah disebalik pertemuan ini... yang aku tahu setiap aturan dan ketentuan ILAHI pasti ade rahsia dan hikmah yang tersirat disebalik yang tersurat.

ye aku tak menafikan dulu aku pernah mengharap supaya aku dan dia bole terserempak kat mne? kalo aku jenjalan kat CS ke, kat angsana, kat KOtaraya atau Komtar, ttiba aku terpijak kasut dia atau pun aku terserempak ngn dia dlm bus, atau kat tepi longkang... atau mne2 je lah....

tapi pada waktu tu, nasib tak menyebelahi aku... aku kecewa, give up? ntah la... tp lama2 aku jd  mls nk mengharapkan  apa2 dari seorang insan yang hanya tahu menyakitkan hati aku jek

lama kelamaan, kerinduan yang mengharum dihati aku ni, semakin hilang aromanya, da bertukar jd cam bau kentot jek hahhahaah... harapan aku yang mekar macam taman bunga kat istana tu, semakin pudar serinya dan layu tak berseri, da jd cam bunga kristal yang xde seri langsung... pastu aku redho dengan kehampaan sebuah harapan merenung impian aku yang tak mampu direalisasikan

tapi arini bila aku da xmengharapkan ape2 lagi terhadap hubungan kite... tetiba kau muncul dalam hidup aku. muncul macam magic. ntah dari planet mne ko datang. tetiba jek ko menjelma

kau muncul semula setelah kau menjadi SINGLE dan aku mmg tetap SINGLE macam dulu. cume kalo aku kenang kan semula, mmg macam bangang jek aku merindui kau selama ni. semoga selepas ni xde bende yang lebih bangan yang akan berlaku antara kita kan kan kan
 

Saturday, 28 July 2012

FRUST LAGI!!!

Kadang-kadang bila kite excited nk dapatkan info tentang sesuatu atau seseorang yg kite minat atau seseorang yang kite SAYANG, kite akan apply semua investigation techniques yang ade untuk korek segala evidence untuk support ape yang kita tau atau ape yang kite dengar tentang dia.

Tetapi tatkala evidence yang kita dapat ternyata sangat berbeza daripada expectation dan harapan, lantas impian pun musnah sekelip mata bak botol MINYAK KAPAK yang dihempas dari level 12 Menara SAAS. Pecah, berderai, berterabur kaca kukuh yang selama ini membendung dan menadah harapan yang kian bertambah setiap masa. Lalu tertumpah harapan, lenyap impian, tersejat dalam kepanasan yang membahang.

Maka di dalam hati, terlakar segaris luka yang bisa membentuk lukisan yang menggambarkan sebuah cerita duka



Friday, 27 July 2012

JOHOR yang kurindui

Dah lama giler siot aku biarkan blog ni terbengkalai tanpa d'update. Rasanya last aku update masa tu aku baru dapat satu berita gembira... masa tu aku masih kat Johor. pastu sejak aku berhijrah, pergi membawa diri jauh dari hometown yg amat kucintai itu, aku macam da ilang idea xtau nk membebel ape lagi kat sini.

MEMBAWA DIRI? cet cam org frust menonggeng jek bunyinya. Actually xde la frust sangat. BERHIJRAH pun kurang tepat, sbb aku bukan pindah pun dari Johor. Sesungguhnya meninggalkan negeri tercinta adalah perkara terakhir yg akan aku lakukan. aku cume tggl sementara kat tempat baru sbb aku nk sambung belajar, dan U tersebut terletak d luar negeri JOHOR. 


Kenapa aku nak sambung belajar? mesti la sbb nak tambah ilmu. Soklan camtu pun bole tanya ke? 

Kenapa aku tak pernah balik sejak awal semester? Aku buzy la. kan aku da bgtau keje aku bnyk. asignment bertimbun, presentation, journal yg bnyk2 tu menuntuk utk d baca, tugas2 aku sbg RA yang perlu d settlekan, itu belom lagi aku nk kira artikel bulanan yg aku kne buat. kang TUAN DIRECTOR kejar kang, ha xlarat nak lari hhahahahah...

AHHH alasan!!! weh yang kat atas tu betol la. alu xtipu. kalo xcaya datang cni tgk sendiri betapa buzynya aku. TAPi sememangnya tak dapat dinafikan bahawa ada sesuatu perkara yang membuatkan aku rasa TAK SANGGUP nak balik.

KENAPA? bukankah aku sangat sangat sangat merindui tanah tumpah darah ku? ERM.... satu perkataan yang paling tepat untuk menungkap segala maksud yang tersirat ialah KENANGAN.Ada apa dengan kenangan itu. yang teramat POWER sampaikan aku tak sanggup untuk lalu atau pergi ke tempat yang mana pernah tercipta kenangan antara kite. 


Adakalanya aku merindui kenangan itu. namun adakalanya aku rasa BENCI terhadap apa yang pernah berlaku dan aku menyesal kerana ianya telah terlakar dalam sejarah cerita kita.