Thursday, 29 May 2014

Cakap sorang-sorang

Menulis dalam Facebook macam sedang bercakap depan khalayak. 

Menulis dalam blog umpama cakap seorang diri. Bermonolog dengan diri sendiri. Terutamanya kalau blog yang tak disinggahi oleh makhluk lain. Usah kata manusia... Cicak dan lipas pun tak pernah jenguk...


Monday, 10 March 2014

Tak Mungkin Kerna Sayang

Saat aku digamit rindu yang memasung ingatanku terhadap dirimu. Saat semua kenangan sudah tak lagi bererti... Aku rindu saat itu. Saat yang tidak mungkin akan berulang kembali



Tak Mungkin Kerna Sayang - Alyah 

Setiba di persimpangan,
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba2
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan




Saturday, 18 May 2013

"I know our fate is separation,
but until my last breath...
I will search for my sweet love,
I will seek my home."

Maafkan aku... jika sememangnya kita tidak ditakdirkan untuk bersama, izinkan aku mengabadikan cinta dan rindu ini buat selamanya. 

Wednesday, 10 April 2013

Aikkk dah lama betol aku tinggalkan blog ni terbengkalai macam projek-projek besar sewaktu negara dilanda masalah kegawatan ekonomi. Macam biasala, aku akan conteng blog ni  apabila emosi ku berkecamuk dan aku tak ingin orang-orang yang mengenali aku tahu apa yang  kualami dan lebih parah lagi kalo mereka tahu apa yang aku rasa.


erm aku xde masalah besar pon. Cuma bebanan keje yang banyak. beban? betul ke? xde la beban sangat. sebab aku happy dengan sume ni. Cuma akhir-akhir ni emosi jiwa aku sedikit terganggu. baru-baru ni aku terkecil hati sengan seseorang. Erm bende kecik jek. tapi apabila kita da menempatkan dirinya di ruangan yang paling istimewa dalam daerah hatiku, bende2 kecik pon bole sentap.

tp malangnya, si bengap ni tak tahu pon bahawa dia sangat istimewa dalam hidupku. so sebab tu la dia amik mudah benda2 macam ni kan... sedih tol aku.

ntah macam mana ttiba sejak-akhir-akhir ni aku secara sengaja tercontact semula dengan ex aku. mula-mula hi hi bye bye kat facebook chatting. pastu tanya kaba.. dan sekarang da mula birak merapu2 cam dulu. cume xde la caring ssgt cam zaman mula-mula dulu kan. just sebagai member2 jek. aku ssangat yakin dia mmg layan aku sbg member

tp aku xleh nak tipu hati aku. aku semakin happy sejak kontak dia. walaupun aku memang nak berhati-hati. tak nak kecewa lagi. tapi ini sume tindakan di luar kawalan. ibarat pokok yang layu da nak mati. tetiba hujan turun, tetiba ade tukang kebun yang tercurah baja... tup tup pokok tu yang da mampos tu cam segar kembali dan kembali menymbangkan oksigen untuk manusia.... Arrrrgggghhhhhhhh


tapi macam mne kalo tgn yang tercurah baja itu, ttiba tercurah racon plak pasni. pehhhh memang mampos la

Saturday, 2 February 2013

PUISI : A@@s dan K@y

Puisi in telah dihantar melalui email oleh A@@S untuk K@y pada 23.3.


Merpati...
kau bagai anganku yang terbang tinggi
kau adalah belahan jiwaku
yang seandainya berpisah... akan mati


Merpati... 
apabila kau berpasangan
aku menjadi panas dan ada kecemburuan
mungkin itu yang dinamakan cinta
sesucimu merpatiku

Andainya kau bisa memahami diriku
kau mungkin akan mencariku
tapi itu tak mungkin

Merpati...
cintamu suci bagaikan
embun dipagi hari...



Sebagai balasan, K@y telah mengirim puisi ini kepada A@@S pada 12.4.2004


kau bagai helang 
terbang mencari cinta
untuk bekalan, untuk teman, menghiasi kehidupan
lalu kau hinggap di pinggir jendela hatiku
mengukir harapan, menyulam impian
tatkala pindu hatiku terkunci

namun kau bagai angin 
menghembus dingin 
menyentuh lembut ke dasar hati
yang tak lagi indah
hangus dibakar dendam

Ingin ku cipta sejarah indah bersamamu
tapi aku sangsi, hati bertanya
mampukah aku
memberikan hati 
setulus cinta untukmu...

A@@s dan K@y berpisah pada tahun yang sama dan mereka sudah saling tidak berhubung. Perasaan cinta pernah wujud antara mereka tetapi tidak semua cinta akan bersatu. Hanya kenangan yang abadi dalam ingatan yang menemani hidup hingga ke akhir waktu.

Sunday, 27 January 2013

Akhirnya... aku menangis


Kalau sorang pempuan gedik dan sangat kaya dengan airmata menangis, itu mungkin normal. Namun kalau seorang manusia ganazzzz lagi keras hati yang mana harga airmatanya sangat mahal, ermmmm memang PELIK.

16.1.2013... Hari itu aku termenangis, terjiwang, tersentap tanpa rasa segan silu, tanpa mempedulikan benteng keegoan yang selama ini aku pertahankan menjadi ranap lantaran wujud satu perasaan pelik dalam hati ini. Itulah SAYANG. Cintaaaa? ermmm mungkin jugak kot...

Pada hari itu bilik aku, housemate aku, tilam, handphone, laptop, tilam, bas, komputer, library dan apa-apa sahaja yang ada di situ menyaksikan aku telah membazirkan beberapa milliliter airmata lantaran bimbang, takut dan aku tidak sanggup andai sesuatu itu terjadi. Walaubagaimanapun kau tidak tahu kerana kau tiada di situ. 

Baru aku tahu betapa pentingnya kau dalam hidupnya. Baru aku sedar bahawa kau semakin memenuhi rongga-rongga hatiku yang selama ini terbiar kosong, berhabuk dan tak berpenghuni.

"Kau mencintaiku "


Kau mencintaiku 
Seperti bumi Mencintai titah Tuhannya.
Tak pernah lelah Menanggung beban derita
Tak pernah lelah Menghisap luka

Kau mencintaiku 
Seperti matahari Mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah Membagi cerah cahaya
Tak pernah lelah Menghangatkan jiwa

Kau mencintaiku
Seperti air Mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah Membersihkan lara
Tak pernah lelah Menyejukkan dahaga

Kau mencintaiku
Seperti bunga Mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah Menebar mekar aroma bahagia

Tak pernah lelah Meneduhkan gelisah nyala


Novel: Ketika Cinta Bertasbih

Terima Kasih Beb ~ 15.1.2013

Apabila kata-kata tak lagi berdaya mengeluarkan suara, Gambar akan menerangkan segala-galanya


Nes 0 Ais

+

Nasi Kukus